Tutorial WordPress oleh rudinshah
WordPress – Setting Cara Manual
Disclaimer: Maklumat yang ditunjukkan adalah untuk tujuan perkongsian ilmu sahaja. Penulis tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang masalah yang dihadapi oleh pembaca yang mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan dalam ebook ini. Bahasa yang digunakan adalah santai(percakapan harian) untuk memudahkan pemahaman. Penulis tidak bermaksud langsung untuk memperlekehkan Bahasa Melayu.
Tutorial ini dihasilkan menggunakan Perisian Sumber Terbuka OpenOffice.org
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
1
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Perhatian!!! Tutorial ini penulis dahulukan sebab ada sorang kawan tu ada keperluan untuk setup WordPress cara manual. Pasni insyaAllah penulis akan sambung tutorial balik tutorial yg masih dalam pembikinan.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai pembaca ebook nih :D
Pendahuluan yang ringkas – WordPress(WP) adalah CMS(Content Management System) Sumber Terbuka yang kebiasaannya digunakan untuk blogging. WordPress dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan database MySQL. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/WordPress – Bagi kebanyakan web hosting yang guna cPanel, WordPress boleh di install melalui script Fantastico. Walau macamanapun, adakalanya kita terpaksa install WP secara manual. – Bagi yang tak tau, install WP cara manual ni agak rumit. Satu anggapan yang salah walaupun korang ni nubie giler. • • •
Melalui ebook ini penulis akan tunjukkan langkah demi langkah cara nak install WP. Perlu di ingat yang tutorial ini berasaskan domain dan hosting free. Penulis akan highlightkan point-point umum yang penting yang perlu difahami untuk kita install WP kat mana-mana web hosting sekalipun.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
2
Tutorial WordPress oleh rudinshah
1. Dapatkan fail instalasi WordPress di WordPress.org – Pergi ke http://wordpress.org/download/ dan klik pada butang warna biru tu. – Pada masa penulis download, versi terbaru adalah 3.0.1
– Pastikan korang x lupa kat mana korang download fail tadi. Hohoho...
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
3
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Extract fail tu tadi. – Penulis guna software TUGZip untuk manage fail2 zip, rar, dsb dan masa nak extract tu, penulis pilih extract to: .\wordpress-3.0.1. Sebab tu ada folder wordpress dalam direktori Users/Downloads/wordpress-3.0.1
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
4
Tutorial WordPress oleh rudinshah
2. Buat user dan database MySQL – Login ke cPanel 000Webhost, dan klik icon MySQL macam kat bawah tu.
– Isikan maklumat yang dikehendaki(nama database MySQL, username MySQL, password MySQL) macam kat bawah tu.
– Klik butang Create database tu. – Summary macam kat bawah ni akan dia bagi.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
5
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– PENTING!!!... Pastikan korang salin/simpan 4 maklumat yang diberikan tu. Kita perlukan maklumat-maklumat ni untuk setup WordPress nanti. – Klik link Back to MySQL dan korang akan nampak database yangg korang buat tadi dah pun di senaraikan macam kat bawah tu.
– Klik link Go Back
Check database yang kita dah buat tadi. – Klik pada icom phpMyAdmin
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
6
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Database yang kita buat tadi disenaraikan. – Klik link Enter phpMyAdmin
Paparan phpMyAdmin seperti dibawah akan dibuka kat tab lain. Itu adalah paparan 'standard' phpMyAdmin. Cuma theme je yang lain. Kalau korang tengok kat kotak merah tu. Ada tulis 'No tables found in database'. Kita rewind kejap. Tadi kita dah buat database namanya a2xxx6_diari. Jom kita fahamkan sikit pasal database. Database mempunyai Table didalamnya. Sama macam Rumah mempunyai bilik didalamnya. Table ni la yang menempatkan data-data kita nanti. Faham ke x? Kalau tak faham, korang Google sendiri.. – Buat masa ni database kita belum ada table. Table tu akan di'create' sendiri masa kita setup WordPress nanti. – Jangan pening pasal mende teknikal ni. Kalau nubie, buat cara nubie.. – – – – –
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
7
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Kita jugak boleh ubah password MySQL kalu nak.
– Bila dah siap nih, boleh logout dah. Kalo tak nak logout pun takpe.. Penulis tak paksa..
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
8
Tutorial WordPress oleh rudinshah
3. Setting fail wp-config.php – Sekarang kita akan setting fail wp-config.php yang mana kat fail ni lah satu-satunya setting penting yang kita kene buat sebelum kita upload fail WP ke server. – Bila penulis kata satu-satunya..., itu bermakna setting basic yang penting. Bagi programmmer yang dah advance, korang iyekan je la ye. – Sekarang korang buka folder WP yang korang dah extract tadi dan cari fail bernama wpconfig-sample.php macam kat bawah tu.
– Rename fail tu kepada wp-config.php seperti dibawah.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
9
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Buka fail wp-config.php tu guna Notepad++ – PERHATIAN!!!... Penulis amat menggalakkan korang untuk guna perisian Notepad++ ni untuk tujuan edit coding atas beberapa kelebihan yang ada. Penulis akan siapkan tutorial pasal Notepad++ ni(dah siap sikit dah) supaya korang boleh tau sikit sebanyak fungsi hebat perisian Notepad++ ni. – Untuk setiap tutorial, penulis akan guna Notepad++ . – Download dan install versi yang terkini dulu kalau belum ada dalam pc tu.
– Gantikan maklumat-maklumat dalam kotak kat atas tu dengan maklumat yang korang dapat masa buat database tadi.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
10
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Seterusnya adalah seperti paparan dibawah. – Simpan/Save fail tersebut.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
11
Tutorial WordPress oleh rudinshah
4. Buat direktori untuk blog WordPress – Gunakan FileZilla untuk buat direktori kat webserver kita. – Direktori ni kita akan guna untuk install WordPress. – PERHATIAN!!!... Penulis nak tulis lebih sikit berkenaan dengan nama direktori ni. Adalah menjadi kebiasaan kita tengok, blog WP akan guna nama domain.com/blog. Kenapa tak domain.com/diari atau domain.com/tulisanku ??? Kenapa??? Ntah. Penulis pun tak tau. Mungkin sebab dah terbiasa kot. Perlu ke kita ikut kebiasaan orang yang 'biasa' ??? Fikir sendiri la ek.. Bagi mereka yang terlibat dengan IM(Internet Marketing), aku ada terbaca kat internet, sorang Internet Marketer ni tulis dalam blog dia pasal ramai sangat orang yang tak utilizekan SEO pada url website. Sape yang terlibat dengan IM sepatutnya tau pasal SEO. Url sesebuah website juga memainkan peranan penting dalam SEO. Jadi, andaikan website kita berkenaan ebook dan review ebook, daripada kita letak url tu ebook.com/blog, kenapa tidak kita letak url untuk WP tu ebook.com/latest-ebookreview ?? Kat sini korang dah optimizekan SEO pada url website korang. Kalau website personal tu terpulang la kan. Korang boleh je letak rudinshah.co.cc/diari-hidupku atau rudinshah.co.cc/catatan-perjalanan atau rudinshah.co.cc/diari-online dsb.. Perlu diingat juga, pastikan korang guna '-' dan bukannya '_' pada nama direktori untuk tujuan SEO. – Untuk tujuan tutorial ni, penulis buat direktori bernama /diari-hidupku
– Hasilnya
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
12
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Sekarang kita test taipkan kat web browser kita rudinshah.co.cc/diari-hidupku/
– Laman web(blog WordPress) kita masih lagi belum kita install sebab tu paparan kat atas tu yang keluar.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
13
Tutorial WordPress oleh rudinshah
5. Upload fail WordPress ke webserver – Gunakan FileZilla untuk tujuan ini. – Masuk ke direktori yang berkenaan dan upload. Lihat gambar dibawah.
– Bergantung kepada kelajuan internet korang, masa yang diambil untuk upload semua failfail tu memang lama. Ada lebih kurang 700 ++ fail yang kene di upload. – Sementara menunggu tu, korang boleh la gi buat air Nescafe panas dulu.. – Kat bawah tu gambar tengah upload.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
14
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– PERHATIAN!!!... Pastikan korang tengok kat tab bawah tu takde Failed transfer. Kalau ada, korang re-upload semula fail berkenaan. Macamane nak re-upload semula? Korang baca balik ebook pasal Setting Perisian FTP penulis. – Kat bawah ni ada dua fail yang gagal dimuat naik. Jadi, penulis cuma perlu re-upload semula je dua fail berkenaan.
– Kat bawah ni menunjukkan proses upload dah berjaya..
– Proses upload dah selesai..
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
15
Tutorial WordPress oleh rudinshah
6. Install WordPress – Tapikan alamat rudinshah.co.cc/diari-hidupku/ pada web browser. – Jika tadi paparan adalah kosong, sekarang kita akan dipaparkan dengan paparan installation WordPress seperti dibawah.
– Isikan maklumat yang diminta. – Gambar dibawah adalah contoh maklumat yang penulis isikan.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
16
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– PERHATIAN!!!... Pastikan korang ingat password yang korang masukkan. Password ni guna untuk login ke WordPress Dashboard(Control Panel). – Kat bahagian emel tu, korang masukkan la emel korang. Lepas berjaya install, dia akan send emel pemberitahuan kat emel tu. Yang kotak kecik tu korang tick je. – Klik butang install. – Pemberitahuan seperti dibawah akan dipaparkan.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
17
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Eh.. Dah siap install dah rupanya. Hahaha... Penulis pun x perasan.. Siot ah..
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
18
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Lain-lain Dashboard(Control Panel) WordPress – Kalau korang nak login, korang klik je la kat butang login tu. Masukkan username ngan password. – Kat bawah ni paparan Dashboard(Control Panel) WordPress.
– Eh eh.. Lupa lak. Jom kita tengok rupa blog WordPress yang kita baru install tadi :D
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
19
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Paparan blog WordPress baru :) – Taipkan rudinshah.co.cc/diari-hidupku kat web browser – Kat bawah ni adalah theme standard WordPress versi 3.0.1
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
20
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Post Pertama – Kat Dashboard tu, sebelah kanan ada tulis QuickPress macam kat bawah tu. – Isikan pape yang patut pastu klik Publish
– Dah berjaya dah.. Hehehe...
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
21
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Emel pemberitahuan pemasangan WordPress – Kat bawah ni emel pemberitahuan yang kita dah install WordPress :)
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
22
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Database MySQL untuk WordPress – Kat phpMyAdmin untuk database yang kita buat tadi dah ada beberapa table yang WordPress tadi buat sendiri..
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
23
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Install theme WordPress – Untuk install theme WordPress, korang mestilah ada theme yang khas untuk WordPress. Tak boleh guna sebarang theme je. – Uploadkan folder theme tu ke server direktori diari-hidupku/wp-content/theme
– Login ke WordPress Dashboard dan pada link sebelah kiri tu klik kat Appearance -> Themes
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
24
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Pada paparan dibawah, klik Activate
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
25
Tutorial WordPress oleh rudinshah
– Inilah paparan untuk theme blog baru tu tadi
– Ada nak kena betulkan sikit theme tu. Tapi nanti la. Nak buat mende lain dulu..
– Untuk theme website rudinshah.co.cc dan Wordpress ini, penulis download theme yang sama designnya. Maknanya, menggunakan satu design, pembuat theme ni hasilkan theme untuk website dan jugak theme untuk WordPress. Err.. Kalo korang x paham, penulis pun tak tau nak bagitau macamane dah. Huhu.. – Secara mudahnya, laman web rudinshah.co.cc dan rudinshah.co.cc/tutorial menggunakan theme website. – Manakala blog rudinshah.co.cc/diari-hidupku menggunakan theme WordPress.
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
26
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Paparan muka depan website rudinshah.co.cc – Kat bawah ni paparan website penulis :D
– Cuba korang tengok kat sidebar tu. Kat bahagian Blog post terbaru. – Itu adalah post daripada WordPress yang penulis extract daripada database untuk display ke muka depan website penulis. – Tapi penulis takkan tunjuk macamane nak buat tu sebab itu bukan subjek untuk nubie..
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
27
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Kesimpulan Ok... Kat sini penulis simpulkan perkara-perkara yang perlu dibuat untuk install WordPress cara manual. – Download fail Wordpress daripada wordpress.org. - Extract. – Buat user MySQL dan database MySQL - 4 maklumat penting yang perlu disimpan iaitu Username database, Nama database, Password database dan Host database. Sedikit maklumat berkenaan Host database tu, biasanya untuk hosting berbayar, Host database adalah localhost. Langkah untuk hasilkan database dan user MySQL mungkin agak berlainan, tapi apa yang perlu diketahui ialah korang mesti create user dan password untuk database WordPress korang nanti. – Rename fail wp-config-sample.php kepada wp-config.php dan kemaskini maklumat Username database, Nama database, Password database dan Host database. – Buat direktori kat webserver untuk install WordPress. – Upload fail WordPress. – Taip nama url blog WordPress kat web browser untuk mulakan proses pemasangan WordPress dan isikan maklumat yang diminta. – Siap.. uhuh..
Err.. Sapa tau apa tujuan penulis buat tutorial nih?? Banyak sebab sebenarnya. Tapi diringkaskan menjadi dua patah perkataan je iaitu Perkongsian Ilmu.
Sekian Terima Kasih..
Semoga Bermanfaat..
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
28
Tutorial WordPress oleh rudinshah
Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh je contact penulis: Espresi.com -> rudinshah Putera.com -> dans kam Halaqah.net -> dans kam YM -> rudinshah Emel -> rudinshah [at] gmail [dot] com
* Gambar zaman muda-muda dulu. Huhuh.. Sekarang dah mengembang dah. Ahaha... http://rudinshah.co.cc/
Affortable Web Hosting | Daftar Domain CO.CC
29