PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Segala maklumat yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini direkodkan dalam pelbagai bentuk seperti jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Tujuan dalam pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran mengenai tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan sebagainya. Selain itu juga, melalui pentaksiran , kita juga dapat mengesan dan mengenalpasti punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Dalam pentaksiran proses yang terlibat terdiri daripada lima komponen utama iaitu pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang maklumat seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Bagi proses analisis, tindakan yang perlu diambil ialah melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, social , perkembangan , persekitaran , perubatan dan emosi murid. Bagi penilaian pula, penilaian meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi proses penentuan pula, tindakan yang perlu diambil ialah penentuan cirri-ciri ketidakbolehan murid dan pengetahuan tentang criteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Bagi cadangan pula, proses ini melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah dan guru kepada ibu bapa. Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006) , tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam perancangan pengajaran dan penilaian.
JENIS-JENIS
PENTAKSIRAN
Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran matematik.
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
PEMBELAJARAN
ASAS
Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan yang mana meliputi aspek penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas. Aspek yang paling banyak ban yak diperbincangkan dalam kem ahiran pembelajaran asas ini ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis kefahaman terhadap sesuatu perkara
atau
situasi
melalui
pancaindera
setelah
berlakunya
proses
dalam
mental.
Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities” telah mentaksirkan pengamatan sebagai proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek Antara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan, pendengaran dan juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang diuji ialah diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat kembali, orientasi kedudukan, mengikut turutan, menyudah dan melengkapkan, menyalin, rajah latar belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan, pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau keabadian bentuk , mencari jalan keluar dan mencari benda tersembunyi.
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
SOSIAL
DAN
TINGKAH
LAKU.
Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan dengan umur dan kumpulan kebudayaan. Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas. Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial. Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapat beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang lain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod anekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan. Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betul dan lebih jitu.
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
BAHASA
LISAN
Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan. Lima komponen utama itu ialah fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima pentaksiran aspek ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu berikut. Bidang fonologi adalah merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan memberikan makna yang lain. Sebagai contoh, per kataan per kataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyi utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan betul. Kadangkala mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya perkataan ”bahu” menjadi ”bau” . Hal ini telah pun berlaku pengguguran dan perkara ini seringkali terjadi kepada individu yang menghadapi down sindrom. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masingmasing mempunyai makna yang berbeza Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat adalah merupakan morfem yang tidak berdiri dengan sendiri, sendiri, contohnya perkataan ”basement”. Kehilangan perkataan pada suku kata terakhir boleh memberi makna yang lain. Morfem tidak terikat pula morfem yang dapat berdiri dengan sendirinya. Sebagai contoh ”base”. Sintaksis pula merupakan unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem. Sebagai contoh ”Ibu pergi ke kedai”. Namun bagi individu yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya han ya mampu menyebut ”ibu kedai”. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan makna yang lain. Bidang semantik pula bidang yang berkaitan dengan makna. Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan perang (e pepet) dan jupa perang (e taling) . Perang di sini bermaksud berlawan dan menentang musuh manakala perang yang satu lagi adalah sifat warna. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami peribahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya. Bidang pragmatik pula ialah merupakan bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kata ganti diri pertama seperti ”I” seringkali ditukarkan dengan perkataan ”you”. Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkan itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen bahasa. Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi. Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama untuk dinilai dan ditafsirkan. Masalah bahasa yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak keperluan khas ini ialah
masalah
bahasa
ekspresif
dan
juga
masalah
reseptif.
Bahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan , dan bahasa. Perucapan atau pertuturan adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif. Bahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya akan melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi. Antara ciri-ciri yang mengalami m engalami masalah ekspresif dan reseptif ini ialah, kebiasaannya individu yang mengalami masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada sebarang perbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi respons yang salah dengan arahan yang diberikan. Muridmurid yang mengalami masalah ini juga akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosi dan juga tingkah laku, Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini, terdapat beberapa cara dan kaedah. Antaranya guru boleh menyediakan beberapa set soalan dalam memahami perkembangan bahasa mereka. Selain itu guru juga boleh melakukan deskripsi lisan, temuduga, perbincangan, penggunaan videotape dan mengadakan ujian yang standard kepada mereka. Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun. Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira persekitaran sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat membantu guru membuat perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid dan seterusnya merancang strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
PENTAKSIRAN
BACAAN
Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukan arahan dan menggunakan maklumat Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat kebiasaan murid. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca.
Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa. Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan sele pas bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri. Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat dan teks. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti A-a. Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah seperti ”insertion”, ”substitution” , ”inversion” , ”omission” dan banyak lagi. Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau inferens.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menterjemahkan lambanglambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspekaspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang). Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah
pemadam. Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang perlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan. Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird, ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
MATEMATIK
Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik m atematik adalah berk aitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini. Antara cara untuk guru m endapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid.
Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain – –lain lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran persek itaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran p embelajaran dan juga persekitaran sosial murid.
Posted by Dr.Mohd Anuar at 9:44 PG
2 ulasan: 1. sesuci embun pagi21 pagi 21 Februari 2013 3:33 PTG trima kasih Dr.Anuar atas prkongsian ilmu ini..barakallah.. Balas 2. Shimmer 25 25 Mac 2013 10:30 PG salam doktor. ada x cth soalan yg di nilai utk
elain daripada aspek tersebut....Guru juga boleh melihat aspek lain yang termasuk dalam Bidang Pentaksiran. Antaranya ialah: 1.
Kemahiran Motor - termasuklah motor kasar dan motor halus.
2.
Kemahiran Persepsi - kemahiran ini termasuklah persepsi visual
(melibatkan penglihatan) dan persepsi auditori (melibatkan pendengaran). 3.
Pencapaian Akademik
4.
Bacaan - tulisan, matematik dan lain2.
5.
Kemahiran Bahasa - bahasa expresif (luahan murid melalui
tulisan dan pertuturan) dan bahasa reseptif (pendengaran dan penglihatan). 6.
Tingkahlaku - Sosial, emosi, kesihatan, pemeriksaan penglihatan
dan pemeriksaan pendengaran..
D. Instrumen Pentaksiran dan Penilaian i) Pentaksiran Alternatif berasaskan pendapat bahawa murid ni boleh membuat akses ak ses pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut. memberi peluang kepada murid untuk semak perkembangan diri sendiri termasuklah perkembangan linguistik (semantik, morfologi, pragmatik dan fonologi) dan proses pembelajaran.
ii) Pentaksiran Pencapaian berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang melakukan sesuatu aktiviti, tingkahlaku serta berinterkasi dengan orang lain....dengan membuat pemerhatian yang teliti, guru akan dpt karekter yang real drp student diorg...bukan karekter rekaan semata-mata. nama lain ialah pentaksiran autentik (nilai kebolehan murid untuk lakukan sesuatu tugas dalam keadaan dan situasi sebenar).
iii) Pentaksiran Real lifetask/Situation beri peluang untuk tafsir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk belajar dengan orang lain.
iv) Ujian Saringan dijalankan untuk kenalpasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah.
satu alat pengurusan yang menyeluruh membantu mengesan murid yang lemah (utk asingkan&tentukan kumpulan murid dan dilaksanakan melalui ujian formal@x formal sama ada secara individu@kumpulan) dalam pemulihan, ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam kemahira2 asas. dapat kenalpasti kelemahan dan memerlukan bantuan pemulihan.
v) Ujian Diagnostik Ialah instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan kawasan lemah secara saintifik yang dihadapi murid.....aaahaaa.....dengan kate lain, cikgu boleh tau ape masalah murid dengan lebih detail, adakalah masalah dalam mengenal abjad, mengenal suku kata KV or what ever (Bahasa Melayu). Ujian ini adalah bertujuan untuk: kenalpasti secara khusus kesulitan2 yang dihadapi murid. kenalpasti punca kegagalan murid untuk kuasai kemahiran. kenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan2 kesulitan yang dihadapi murid. bantu guru untuk merancang satu program pengajaran yang khusus (secara individu@kumpulan) dengan lebih tepat dan sistematik. bantu guru rancang objektif pengajaran. membolehkan guru rancang dan bina bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap.
vi) Portfolio popular digunakan dalam kalangan guru. dijalankan secara berterusan. sampel2 kerja yang disimpan dalam portfolio boleh tunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid. bahan2 bukti pencapaian.
vii) Pemerhatian selalu je guru guna di sekolah.....guru ni suka tengok tingkah laku or masalah kita. lebih diutamakan pada masalah tingkah laku. perlu direkod sesuai untuk kemahiran tingkah laku dan sosial murid.
E. CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT i) Rekod Lama ialah rekod yang membolehkan guru memperoleh maklumat atau peristiwa atau keadaan pada masa sebelumnya. contohnya buku rekod, dalam buku rekod tu, guru dapat tengok tahap pencapaian murid pada darjah berapa ke darjah berapa. Dengan adanya
rekod lama ini, guru g uru dapat membandingkan tahap pencapaian murid tersebut..sama ade meningkat atau semakin menurun... ii) Sample Kerja juga dikenali sebagai hasilan kerja. berdasarkan kerja murid yang telah siap. example: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah korang (homework).
iii) Pengujian bertujuan untuk menilai pencapaian murid. contoh paling dekat dengan korang ialah EXAM, I hate exam okey...lalaala Pengujian ni satu prosedur yang lebih sistematik dan boleh dinilai dengan menggunakan skala bernombor atau sistem berkategori.
iv) Pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti ciri2 perkembangan murid dari aspek afektif dan psikomotor.
v) Soal Selidik melalui teknik temubual untuk mendapatkan maklumat daripada murid.
BAB 2: Mentafsir Kebolehan Pembelajaran Asas Waduhh....waduhh....kejap je belajar bab satu...tum2 masuk bab 2 dah.........moga2 bab satu tu dlm kepala 120%....amin... Oklah, without wasting time and energy yang gew ade ni untuk menaip..jom kita terus ke subtopic yang bakal saya and sahabat saya sekelas yang pokpekpokpek tu ye....
A. Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas BTW for those yg terbaca catatan saya mengenai tajuk ni....ape yang saya tulis ni adalah berdasarkan ape yang lecture saya kuliahkan kepada saya dan kwn2 saya.......tapi bile dilihat mcm x sama je kuliah lecture saya dengan proforma ini....ape2 pun saya share je la kan?? ^_^ Akuiti Sensori ???? Sensori ???? Ialah Ialah keupayaan menggunakan menggunakan ketajaman deria yang ada untuk membuat pengamatan dan amat berkait rapat dengan pengamatan Pendengaran dan Penglihatan.
Pengalamatan ialah Pengalamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara@situasi melalui sensori@deria (berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna melalui pengalaman2 yang dilalui oleh seseorang). Ianya boleh dikembangkan dan dipelajari...mcm tingkah laku la, boleh diubah-ubah dengan kata lain...
B. Jenis2 Pengamatan Penglihatan Pendengaran SensoriMotor
C. Keperluan Pentaksiran Pengamatan kesan masalah pengamatan seawal mungkin. sediakan program2 yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak2 berkeperluan khas. sediakan penempatan yang bersesuaian dengan masalah. kenalpasti pasukan pelbagai disiplin (multidisplinary).
D. Masalah Pentaksiran Akuiti Sensori kekurangan bahan/material kekurangan pakar penilai kemahiran di kalangan pelaksana (guru/pembantu guru) kolaberasi antara guru-guru, guru-pentadbiran, guru- ibubapa sikap rendah diri, akibat daripada kekurangan motivasi kendiri
E. Pentaksiran Pengamatan Penglihatan (Umum) ujian kecerdasan (IQ test) yang dijalankan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan actually didapati tidak menguji kecerdasan sebenar kanak2 berkenaan. Contohnya, "Apakah warna cat yang paling sesuai untuk rumah itu?". kanak2 bermasalah pengluhatan sering kali didapati mengalami kesukaran dalam memahami konsep2 yang melibatkan orentasi penglihatan seperti dalam matapelajaran sains, bahasa melayu dan lain2.
F. Pelbagai Masalah Pentaksiran Kesukaran Visual i) kekurangan visual aids - akan berlaku ketidaksahaan......contoh terdekat ialah, ibu bapa tidak pasti dengan masalah anaknya kerana kekurangan aids atau dengan kata lain bahan bantu mengajar. - aids seperti mesin braille, bahan2 yang diperlukan untuk sentuhan. ii) kepakaran guru guru - btw, kepakaran guru juga perlu diambil kira tau.....kalau guru x pakar jgn jadi guru pendidikan khas tau, kesian budak2 pk...hehe....guru perlulah mendapat latihan khas, contohnya di IPG (Institut Pendidikan Guru) atau lain2. Dalam konteks kesukaran visual ini, guru perlulah pakar dalam menggunakan tulisan braille, kalau guru x dapat
menggunakan tulisan braille, tentulah guru tersebut x layak untuk menjalankan tugasan sebagai guru pendidikan khas terutamanya yang melibatkan visual murid khas. iii) sikap murid yang mengalami masalah penglihatan - sikap murid juga mempengaruhi berjayanya sesebuah pengajaran.....murid yang terlalu bergantung pada guru dalam mengajarnya akan mengalami masalah....selebihnya..pkir sendiri...sya x tau nak bagi contoh...hehe iv) stigma/pelabelan masyarakat - contoh paling jelas ialah, masyarakat x suka bergaul dengan kanak2 pendidikan khas, x mengiktiraf kekurangan yang dimilik oleh golongan ini. v) tempat/ruang untuk melaksanakan pentaksiran - ianya berbeza mengikut kategori@tahap kecacatan penglihatan...contohnya, kanak-kanak rabun (low vision) memerlukan bilik darjah yang cerah. vii) tiada tindakan susulan diambil oleh pihak bertanggungjawab individu yang mengalami kemalangan dan menyebabkan kesukaran visual, mereka memerlukan perkhidmatan daripada orang yang pakar untuk membantunya.
G. Pentaksiran Pengamatan Pendengaran Apa Kecacatan Pendengaran??????? Utk pengetahuan u guys, kecacatan pendengan happen when terhadap masalah@kerosakan pada 1 or lebih bahagian-bahagian tertentu di dalam telinga.....Kehilangan pendengaran konduktif terjadi sekiranya terdapat masalah pada luaran, dalaman telinga termasuk salur telinga (ossicles) , ade sekatan@masalah struktur lain yang mengganggu pengaliran bunyi melalui telinga....contohnyer tahi telinga..euwwwww.....kapas yang tersumbat.....dan lain2....kehilangan pendengaran konduktif berlalu apabila bahagian penting telingan like gegendang telinga, saluran telinga dan ossciles telinga rosak......manakala, kehilangan pendengaran sensorineura terjadi kerana kerosakan dalaman telinga dan sistem sensori. i) pendengaran biasa biasa - boleh m'dgr semua bunyi pertuturan walaupun pd peringkat perbualan perlahan, 10 - 15 1 5 decibel diaudiogram@audiologis (tahap pendengaran) ii) pendengaran minimal minimal - masalah dalam m'dgr pertuturan yg perlahan @ x jelas, 16 - 25 decibel (tahap pendengaran), contoh, murid lain di dalam kelas berbual dalam masa yang sama guru memberi arahan, dan ini berkemungkinan informasi@arahan tersebut x sampai.
iii) ringan ringan - perlukan alat bantuan pendengaran@sistem FM peribadi, 26 - 40 decibel (tahap pendengaran), 50% x dpt mendengar perbincangan kelas. iv) sederhana sederhana - 3 hingga 5 kaki boleh didengari, alat bantuan pendengaran@sistem FM peribadi sgt diperlukan, 41 - 55 5 5 decibel (tahap pendengaran). v) sederhana hingga teruk teruk - murid mungkin x dpt mendengar 100%, 100 %, perlukan bantuan tambahan utk kesemua subjek akademik bahasa, 56 - 70 70 decibel (tahap pendengaran). teruk teruk - bunyi yang kuat pada jarak yang dekat, 71 - 90 decibel (tahap pendengaran). vi) sgt teruk teruk - menggunakan keseluruhan penglihatan untuk proses maklumat, 91 decibel ke atas (tahap pendengaran).
BAB 3: Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku Hehehe...u all boleh search pasal tingkah laku ye.....maklumatnya lebih details..... utk pengetahuan juga, tingkah laku dalam pendidikan khas ni dipelajari pada SEM 2 Ijazah bagi guru pelatih IPG yang ambik kos Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)....Selamat google.... ^_^
BAB 4: Mentaksir Bahasa Lisan 4.1 Komponen-Komponen Bahasa Lisan Before kite masuk bab ni lebih mendalam, kita lihat dulu 5 komponen utama dalam bahasa...hehe....that is:
a) Fonologi Fono...fono...fono...fonologi ialah melibatkan bunyi2 bahasa yang y ang diucapkan dan peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi itu digunakan....Contoh perkataan ialah: Pin Tin
Kebiasaannya, individu yang alami masalah pembelajaran, sukar utk bunyikan fonek dengan betul. Kadangkala, mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya...Contoh perkataan ialah: Bahu ------> Bau
Kanak-kanak yang mengalami Down Sindrom sering mengalami masalah dari segi Fonologi.
b) Morfologi Kebenda la Morfologi ni ye?? ayoyo...time saya dengar lecture beri keterangan about this topik..mata ni hampir2 nak terlelap...........Morfologi ialah bidang yang mengkaji kata@bidang yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas iaitu morfem. Sorry....saya x tau nak bagi contoh....korg cari sendiri la ek.... Morfem terbahagi kepada 2 pulak......morfem bebas (boleh berdiri sendiri) and morfem terikat (x boleh berdiri sendiri)...ni punya penerangan u olls
tengok sendiri dalam buku bahasa melayu 1 or 2......penerangan terperinci ade dlm buku tu...atau...guna cara biasa..GOOGLE..hik3 Kanak-kanak Terencat Akal sering mengalami masalah dalam Morfologi.....utk keterangan lanjut...korg tanya sendiri lecture korg ape kaitan kanak2 terencat akal ngan masalah morfologi...saya lupa nak catat time lecture bagi penerangan... :)
c) Sintaksis Sintaksis ialah unsur terbesar dalam tatabahasa.....Ianya boleh dibina daripada unit2 tatabahasa yang lebih kecil seperti Frasa,Perkataan dan Morfem. pergi = perkataan, Ibu ke pasar = frasa...apabila di gabungkan perkataan tersebut akan membentuk....Ibu pergi ke pasar. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis ini, kanak-kanak tersebut hanya mampu menyebut "Ibu pasar"....ermmmm....kesian kan??....so sebagai guru pendidikan khas yang betul2 mementingkan kesempurnaan dalam pengajarannya...masalah ini perlu diatasi dengan betul agar murid dapat menguasai tatabahasa......ekkk...
d) Semantik Gapo dio pulok semantik ni??kecek Kelate la puloksss...Semantik ni pulak berkaitan dengan Makna or Meaning dlm Bahaso Inggeris..... Ianya merujuk kepada cara perkataan tersebut digunakan secara bermakna dalam proses berkomunikasi... Contoh: Semak (belukar), Semak (kertas peperiksaan) Murid berkeperluan khas like autisme and lain2 mungkin akan keliru dengan penggunaan makna perkataan ini ^_^.
e) Pragmatik Pragmatik ialah bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul...ermm..x tahu nak terang mcm mane...korg cari sendirilah ek...hoho 4.2 Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif
Reseptif and Ekspresif.......dua perkataan yang selalu bersama..di mana ade respetif...semestinya ada ekspresif...hehehe..bagai isi dan kuku yoo....always together
Bahasa Reseptif = = Ialah keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran.....lebih kepada kemahiran mendengar dan melihat..... Bahasa Ekspresif = = Merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran dan pendapat kepada k epada orang lain.....lebih kepada kemahiran menulis dan membaca. Pentaksiran terhadap bahasa Reseptif melibatkan: keupayaan murid untuk mendengar perkataan@frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadap isi yang diperkatakan@diperdengarkan.
Apakah Elemen2 penting dalam meningkatkan bahasa Reseptif??? laras bahasa yang digunakan persekitaran.....persekitran perlulah tidak mempunyai gangguan...tidak bising......kalau kat sekolah bunyi mesin rumput akan mengganggu penerimaan bahasa Reseptif murid. pendengaran..sorry..x tahu nak hurai tumpuan...x tahu nak hurai jgak... :(