Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur? Faktor-faktor Pengangguran Masih
ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa
tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti. Menurut Mohd
Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian
Bahasa Utama, antara fakt or yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah sikap
siswazah itu sendir i
yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu pekerjaan
yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti.
Mereka
lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa
pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka. Mereka
lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau
jawatan lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada menganggur. Pemikiran ³lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai´ perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sect or yang memerlukan tenaga kerja. Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengamb il peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga b oleh memper olehi pekerjaan dengan pelbagai cara. C ontohnya mereka menceburi bidang pertanian dan
mengusahakan kawasan terbiar sehingga memper olehi hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja k osong tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi. Menurut
Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama
berkata, ³salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka t idak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan.´
Majikan
akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak b oleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam temp oh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan k os dan pr oduktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firmafirma perniagaan mereka. Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha mencar i alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang b oleh membantu menggerakan ek onomi di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada g olongan lain. Ruang bagi g olongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan. Menurut
Hafsah
Mohamed,
23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa
Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun adalah di antara isu-isu yang saban hari kali diperkatakan. Antara fakt or yang menyumbangkan terhadap kewujudan dilemma ini adalah kerana mereka tidak dapat berk omunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran siswazah-siswazah dari institusi
pengajian tinggi awam dan juga swasta yang begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja k osong tidak sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian
peperiksaan
dan
kelulusan
siswazah-siswazah
yang
agak
rendah,
membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan. Kesemua fakt or-fakt or ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah di tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang pekerjaan segera. Majikan-majikan
akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang dan mepunyai
kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, keb olehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan. Menurut
Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah K olej Universiti Islam Selangor
berkata, ³faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi per industr ian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia reality, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai, ber organisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.´ Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini kerana k os untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan
membelanjakan wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berk omunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan k orikulum. Pengangguran siswazah b oleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. C ontohnya apabila sese orang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi undang-undang, c ontohnya mer ompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risik o kepada dirinya sendiri serta kepada
orang
lain. Semua ini terjadi kerana sese orang itu berfikiran sempit, terdesak
atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan. Cara-cara
Mengata si Pengangguran
Menurut
Hamid, 41, Pesyarah K olej Universiti Islam Selang or (KUIS), berkata
³masalah pengangguran siswazah b oleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah sikap siswazah itu sendir i
yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir secara
pr ofesional dan janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu, mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.´ Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas.
Mereka
perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan
daripada menyediakan pekerja untuk sekt or awam atau swasta kepada sekt or keusahawanan, pertanian, perl ombongan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat
siswazah
di semua IPTA dan
IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan melaksanakan pr ogram penempatan guru siswazah sehingga 50% pada
tahun 2010 di semua sek olah rendah. Ini untuk memastikan m odel insane dan m odel budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh guru-ghuru yang terlatih. Menurut
Amzan, 41, Pensyarah K olej Universiti Islam Selang or (KUIS), berkata,
³ kur sus yang ditawarkan
oleh
IPTA atau IPTS hendaklah berasaskan analisis
keper luan tenaga kerja dalam semua jenis sekt or di negara ini bukan hanya bersandarkan kepada keupayaan ademik di sesebuah IPTA atau IPTS.´ Di samping itu, golongan yang masih belajar di sek olah atau IPT perlu memilih bidang paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah g olongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran ³lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai´ harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sekt or yang memerlukan tenaga kerja Graduan perlu memperba iki kelemahan berbahasa Ingger is untuk memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf pendidikan dan juga terus mempr omosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat
Malaysia
di
masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak berk omunikasi dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan
orang
lain, jangan takut dan teragak-agak
menjawab apabila berinteraksi dengan orang berpangkat atasan. Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan pr ofesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri. Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih
kerja. Selain itu, mereka harus mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah ³berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,´ dan satu lagi pepatah yang mengatakan, ³di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya tak nak seribu dalih.´