1.0 Pendahuluan Dalam era globalisasi yang semakin pesat membangun dan moden, dunia pendidikan kini menjadi sangat penting bagi memastikan setiap individu mendapat ilmu pengetahuan bagi memajukan lagi negara kita dan memperoleh hidup yang baik. Kemajuan dalam bidang pendidikan yang kini mempunyai teknologi yang mencukupi, telah menyebabkan wujudnya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. Pertumbuhan IPTS ini memberi pelbagai kesan terhadap rakyat dan negara. Oleh itu, saya telah menjalankan kajian bagi mengetahui kesan pertumbuhan IPTS ini. Yang berikut ialah hasil kajian tersebut. 2.0
Senarai Ahli Jawatankuasa Pengerusi: Setiausaha: AJK:
3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS Daripada kajian yang telah dilakukan bersama dengan ahli jawatankuasa, saya dapat mengetahui beberapa kesan pertumbuhan IPTS itu. Terdapat kesan positif dan negatif akibat daripada pertumbuhan IPTS ini. Antaranya ialah: 3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah. Seperti yang kita maklum, untuk mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah menjadi sangat sukar kerana persaingan yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar di negara kita ini. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tercicir dan tidak dapat dapat melanjutkan pelajaran di IPTA walaupun mendapat keputusan yang cemerlang kerana tempat yang sangat terhad. Oleh itu, dengan adanya IPTS ini, para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran boleh memohon untuk masuk ke IPTS kerana peluang untuk mendapat tempat adalah luas. Oleh yang demikian, secara tidak langsung dengan adanya penubuhan IPTS ini, peluang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran semakin bertambah. 3.2 Pelajar bebas membuat pilihan untuk belajar Kita sering mendengar rungutan daripada mahasiswa yang berjaya mendapat tempat di IPTA kerana mendapat jurusan yang mereka tidak minat sama sekali. Namun begitu, mereka te tap menerimanya kerana keinginan untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu, jika para pelajar yang baru sahaja menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ingin membuat pilihan untuk mendapat bidang jurusan yang mereka inginkan, mereka haruslah memohon di IPTS. Hal ini kerana, jika mereka tidak mahu mendapat bidang jurusan yang mereka tidak minat, mereka bolehlah memohon ke IPTS kerana di sana pelajar bebas untuk membuat pilihan dan akan mendapat bidang jurusan yang mereka inginkan. 3.3 Membantu negara mencapai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu. Penubuhan IPTS yang semakin bertambah di negara ini membantu negara dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu. Hal ini kerana, terdapat banyak pusat pembelajaran yang disediakan dan para pelajar dapat menimba ilmu di mana-mana sahaja yang
mereka inginkan dan dapat membuka minda mereka jika melanjutkan pelajaran di negeri lain dan keluar daripada negeri asal mereka untuk meluaskan pengetahuan. 3.4 Yuran yang mahal. Seperti yang kita ketahui, yuran untuk melanjutkan pelajaran di IPTS adalah sangat mahal dan dua kali ganda daripada yuran di IPTA. Hal ini kerana, IPTS mementingkan keuntungan. Hal ini juga kerana mereka menyediakan kemudahan yang mencukupi dan menggunakan kos yang tinggi. Oleh sebab itulah yuran yang dikenakan adalah sangat mahal. Yuran yang mahal ini juga akan menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak mampu untuk membayar yuran dan menampung perbelanjaan semasa menuntut di IPTS itu. 3.5 Masalah timbul akibat kemasukan pelajar asing yang semakin bertambah. IPTS ini bersifat antarabangsa. Oleh itu, terdapat ramai pelajar asing yang menuntut di IPTS ini. Terdapat pelbagai budaya yang mereka bawa daripada negara mereka dan ini akan menyebabkan masalah timbul. Hal ini kerana, sering wujud perselisihan faham di antara pelajar asing ini dengan pelajar tempatan. Selain itu, ada juga yang terikut-ikut dengan budaya yang dibawa oleh me reka dan terpengaruh dengan perangai mereka. Bukan itu sahaja, pergaulan bebas juga akan menjadi semakin bertambah dan pelbagai maksiat akan timbul. 3.6 Dasar IPTS yang tidak seiring dengan kehendak negara. Terdapat sesetengah dasar IPTS yang tidak menepati kehendak negara. Hal ini akan m enimbulkan masalah dari segi pembentukan modal insan yang akan menerajui negara pada masa hadapan. Dasar yang dilaksanakan oleh IPTS ini bercanggah daripada yang diinginkan oleh negara. Sebagai contoh, IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Mereka seharusnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana di sini ialah negara Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu harus diutamakan. Selain itu, ini juga untuk mengelakkan para pelajar lupa akan asal usul dan bahasa ibunda mereka. 4.0 Penutup Konklusinya, setelah menjalan kajian mengenai pertumbuhan IPTS ini, terbuktilah bahawa IPTS ini mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada rakyat dan negara kita. Oleh itu, usaha yang berkesan perlu dilaksanakan bagi memastikan penubuhan IPTS mendatangkan lebih banyak faedah dan keuntungan daripada keburukan kepada masyarakat dan negara.