contoh kertas kerja pelancongan untuk sekolah.Full description
Full description
Full description
Full description
Pelancongan BandarFull description
ABOUT TOURISMFull description
Full description
Full description
Full description
perkhidmatan pelangganFull description
Contoh Tapak PembelajaranFull description
nice to readFull description
Full description
Full description
Full description
Full description
Contoh dokumen untuk membuat kertas kerja lawatan atau pelancongan ke PPD.Full description
manfaat industri pelanconganFull description
Pengenalan kepada Operasi Agensi Pelancongan (SPL 2034)Full description
KARANGAN PENGAJIAN QAM SEMESTER 2Full description
Lawatan ke Kuala Lumpur Tahun 2015Full description
PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN KELAB PELACONGAN 1.
LATAR BELAKANG Kelab Pelancongan telah diwujudkan sejak sekian lama.. Kelab ini diwujudkan untuk menarik minat para pelajar untuk mengenali tempat-tempat menarik yang ada di dalam dan luar negara. Tumpuan diberikan pada tempat-tempat menarik yang ada di dalam Malaysia.
2.
PENGENALAN Kelab Pelancongan merupakan sebuah sebuah kelab yang disertai oleh pelajar-pelajar sesi pagi dan sesi petang di sekolah ini..Setiap tahun sambutan kepada kelab ini adalah amat menggalakkan dengan dengan ahli yang melebihi 50 orang.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan lawatan-lawatan ketempat menarik yang ada di dalam Malaysia. Dari sini pelajar dapat mempelajari tentang budaya dan latar belakang sesuatu tempat itu.
3.
VISI
Dapat melawat semua negara yang ada di Semenanjung Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjelang tahun 2015. 4.
MISI Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang tahun untuk menarik minat pelajar-pelajar terhadap tempat-tempat menarik yang ada di dalam Malaysia sekaligus dapat memupuk semangat cintakan negara sendiri
5.
MATLAMAT Dapat memberi peluang kepada para pelajar tentang tempat-tempat menarik yang ada di dalam dan luar negara yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6.
OBJEKTIF JANGKA PENDEK DAN OBJEKTIF JANGKA PANJANG
6.1
Menarik minat pelajar untuk menambahkan pengetahuan sedia ada dari lawatan-lawatan yang diadakan.
6.2
Mengalakkan pelajar mengenali tentang budaya , sosial dan aktiviti-aktiviti bagi sesuatu tempat.
6.3
Memberi peluang kepada pelajar untuk keluar ke tempat yang baru dan mengutip pengalaman - pengalaman yang menarik untuk kehidupan.
7.
ANALISIS S.W.O.T. 7.1
STRENGTH ( Kekuatan ) S1
Mendapat bantuan terus dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
S2
Pelajar-pelajar mesti memilih salah satu kelab atau persatuan yang terdapat di sekolah.
S3
Mendapat sokongan daripada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
S4
Menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang tahun.
7.2
WEAKNESS ( Kelemahan ) W1
Kerjasama antara pelajar untuk mengadakan lawatan adalah sangat kurang menyebabkan setengah lawatan yang dirancang terpaksa dibatalkan.
7.3
W2
Setiap aktiviti-aktiviti lawatan melibatkan kos yang besar yang adakalanya tidak mampu disediakan oleh pelajar.
W3
Pelajar-pelajar tidak menunjukkan dedikasi atau komitmen dan hanya hadir untuk mesyuarat sekadar memenuhi kehadiran untuk aspek bidang ko-kurikulum.
OPPORTUNITY ( Peluang ) O1
Mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak sekolah,pihak PIIBG dan Kementerian Pelancongan .
7.4
O2
Pelajar-pelajar mendapat galakkan untuk menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia.
03
Menyertai Kuiz-kuiz pelancongan yang diadakan serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Pelancongan pada setiap tahun.
THREAT ( Ancaman )
T1
Kehadiran pelajar yang tidak memuaskan boleh mengganggu perjalanan aktiviti Persatuan.
T2
Ahli-ahli yang tidak memberi kerjasama kepada AJK bagi menjalankan sesuatu aktiviti.
T3
Sikap pelajar yang sambil lewa serta lebih suka membuang masa semasa perjumpaan diadakan.