i
TAJUK : ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN 1.0
PENGENALAN............................................................................................................. 1
2.0
DEFINISI ....................................................................................................................... 3
3.0
TEORI-TEORI YANG BERKAITAN ....................................................................... 4
4.0
KAJIAN KEPUSTAKAAN ......................................................................................... 5
5.0
ISU-ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN ............................................................ 6
6.0
CADANGAN PENYELESAIAN ISU JANTINA DALAM PENDIDKAN ........... 12
7.0
RUMUSAN .................................................................................................................. 15
8.0
RUJUKAN ................................................................................................................... 16
1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Sektor pendidikan adalah kritikal, bukan sahaja sebagai satu saluran untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga sebagai enjin pembangunan di atas kewibawaannya sendiri. Sektor pendidikan Malaysia menyokong pengalaman pembelajaran sepanjang hayat bermula dari penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal hinggalah kepada pendidikan tertiari dan peringkat pendidikan pasca-siswazah selaras dengan apa yang diperuntukkan dalam Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."
Dalam pembelajaran, setiap orang mempunyai cara, tahap dan corak yang berbezabeza dari segi penerimaan ilmu yang diajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah persekitaran, bahan bantu mengajar, kaedah guru, persekitaran tempat belajar dan juga jantina pelajar iaitu perbezaan sama ada pelajar itu lelaki dan perempuan. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa perbezaan antara lelaki dan perempuan yang jelas dalam penerimaan pelajaran di sekolah (Coates 1998). Dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina dilihat memainkan sebagai salah satu faktor sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar iaitu khususnya tahap penerimaan dan penguasaan pelajar akan sesebuah mata pelajaran bergantung kepada jantina sama ada lelaki atau perempuan guru atau pelajar tersebut di dalam konteks pendidikan. Hal ini tidak dapat dielakkan iaitu perbezaan jantina ini tidak dijadikan alasan keperluan mewujudkan sistem pendidikan yang berteraskan kepada jantina pelajar kerana masalah lain yang mungkin wujud turut berlaku, maka dengan itu, terdapat langkah
2 mengatasi yang dicadangkan bagi mengurangkan faktor penyumbang kepada masalah ini iaitu yang akan dibincangkan pada bahagian dapatan dan cadangan di bawah.
3 2.0 DEFINISI
2.1
Jantina Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merujuk jantina kepada satu dimensi teras
daripada manusia yang merangkumi perbezaan seksual dan identiti, orientasi, eroticism, emosi dan pembiakan. Ia dialami atau dinyatakan dalam fikiran, fantasi, keinginan, keyakinan, sikap, aktiviti-aktiviti, nilai-nilai, amalan, peranan, interaksi biologi, psikologi, sosio-ekonomi, budaya, dan sebagainya. Dalam Bahasa Inggeris, perkataan sex merujuk kepada jantina yang ditentukan ciri-ciri fisiologi. Wanita dibezakan daripada lelaki dari segi jenis kemaluan, kewujudan payudara yang membesar setelah baligh dan hormon yang bertindak balas dengan cara yang berlainan untuk lelaki. Fisiologi wanita membolehkan mereka hamil dan melahirkan dan menyusukan anak. Bagaimana wanita dan lelaki diklasifikasikan merujuk kepada ciri-ciri biologi yang ada pada setiap jantina dengan dipanggil biological determinism. Kebiasaannya, istilah jantina dihuraikan sebagai perbezaan antara lelaki dan perempuan hasil daripada konstruksi sosio-budaya. Dengan kata lain, ia merujuk kepada sifat maskulin (masculinity) dan feminin (femininity) yang dipengaruhi dengan kebudayaan, simbolik, stereotaip dan pengenalan diri (Raymond, 1999). 2.2
Pendidikan
Pendidikan bermaksud satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Oleh hal yang demikian, akan meningkatkan kematangan untuk memberikan pendapat dan berhujah semasa menjalani kehidupan sebenar. Pendidikan juga mendidik manusia berfikir secara rasional, bebas dan baik dan juga dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan ( Abdul Fatah Hassan, 2003). Menurut www.Dictionary.com : Education ( pendidikan ) merujuk kepada : “the act or process of imparting or acquiring general knowledge, developing the powers of reasoning and judgment, and generally of preparing oneself or others intellectually for mature life.” Di dalam proses pendidikan ini manusia membangunkan semua potensi yang ada merangkumi potensi akal (cognitive), jasmani/tingkah laku (psikomotor/behaviour), rohani
4 dan rohani (spiritual). Terdapat hubungan yang positif antara jantina dan pendidikan baik sama ada penglibatan, pencapaian, pengajaran, pilihan pendidikan dan sebagainya dan telah menjadi kajian yang popular sejak sedekad yang lalu. Terdapat faktor lain yang sering dilihat mempunyai perkaitan dengan pendidikan antaranya, latar belakang keluarga, pekerjaan ibubapa, emosi pelajar, minat pelajar dan sebagainya.
3.0 TEORI-TEORI YANG BERKAITAN
Terdapat banyak teori yang melihat bagaimana jantina menentukan proses pembelajaran seseorang kerana kebolehan deria setiap individu berbeza dari segi konteks sosial seseorang yg mempengaruhi perkembangan dalam pendidikan untuk menjadi maskulin atau feminin. Teori dibawah menerangkan bagaimana faktor jantina mempengaruhi pendidikan seseorang dari pelbagai bidang penyelidikan. 3.1 Teori Pembelajaran Sosial Teori yang menekankan individu belajar untuk menjadi maskulin atau feminin melalui komunikasi dan pemerhatian. Teori pembelajaran sosial mendedahkan bahawa komunikasi dan interaksi orang lain mengajar kanak-kanak perlakuan jantina yang sesuai. Kanak-kanak akan meninjau bagaimana ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat sekelilingnya berinteraksi dan berkomunikasi, kemudian meniru perlakuan mereka. Mereka belajar mengenali mana satu kelakuan itu positif dan negatif berdasarkan rangsangan yang diberi ibu bapa dan rakan. Dengan erti kata lain, perlakuan pelajar atau minat dalam belajar dipengaruhi oleh rangsangan luar yang dimulakan pada usia yang awal, sekiranya pelajar pada awal meminati dan suka berada di samping berjantina wanita, maka dia akan selesa dalam belajar dengan kewujudan jantina tersebut. 3.2 Teori Perkembangan Kognitif Teori memfokuskan bagaimana individu belajar dari berinteraksi dengan orang lain dalam pembentukan identiti. Ini mengandaikan kanak-kanak boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti mereka. Berdasarkan desakan dalaman untuk bersaing, pengkaji teori itu berpendapat kanak-kanak telah menggunakan orang lain sebagai pedoman untuk berkelakuan maskulin atau feminin. Teori ini, menjelaskan bahawa kanak-kanak melihat
5 bagaimana orang yang sama jantina dengannya dan berinteraksi dan meniru perlakuan ini. Jadi, kanak-kanak belajar mengenali kelakuan yang sesuai untuk jantinanya berdasarkan preskripsi sosial yang diperhatikannya. 3.3 Teori psikologi Satu lagi perspektif bagaimana jantina mengikut berdasarkan apa yang mereka pelajari, kanak-kanak akan berkelakuan sejajar dengan tuntutan ciri feminin atau maskulin. Tetapi, perspektif budaya adalah satu lagi input bagaimana identiti jantina dibentuk. Disiplin antropologi membongkar keadaan budaya yang berbeza-beza yang mempengaruhi konsep maskuliniti dan femininiti. Maka, seseorang pelajar itu mengikuti tuntutan ciri jantina dalam sistem pembelajarannya berasaskan tahap keselesaan dan budayanya. Setiap perspektif itu ada kebenarannya oleh sebab setiap manusia dilahirkan dengan jantina yang tersendiri, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan biologi memainkan peranan bagaimana kita membesar termasuklah cara pembelajaran. Namun, sebahagian besar pembentukan identiti itu berdasarkan pembelajaran, peniruan serta tuntutan adat dan agama yang ditetapkan masyarakat.
4.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN
Hubungan antara jantina dengan pendidikan telah mendapat tumpuan ramai pengkajipengkaji lepas. Dalam konteks pendidikan, perbezaan jantina yang berkaitan dengan prestasi akademik masih menjadi salah satu isu yang menarik untuk dikaji. Busch (1995) melaporkan bahawa kajian mengenai gender dalam tahun 1980-an dan awal 1990-an banyak berkisar mengenai isu kecekapan kendiri pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik dan juga dari segi penggunaan komputer yang menunjukkan perbezaan antara gender yang agak ketara. Boleh dikatakan kajian-kajian tersebut merumuskan bahawa pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam bidang berkenaan. Bagaimanapun terdapat juga kajian yang menunjukkan prestasi pelajar perempuan lebih tinggi (Bridgement &Wendler 1995). Kajian Xu dan Farell (1992) ke atas pelajar Cina pula tidak menunjukkan keputusan yang konklusif dari segi jantina dalam dapatan kajian mereka.
6 Kajian Arnot, David dan Weiner (1995) misalnya telah melaporkan bahawa pelajar perempuan yang berusia 7, 11 dan 14 tahun memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar lelaki dalam usia yang sama. Hal ini selaras dengan dapatan kajian Harding (1979) yang mendapati bahawa pelajar perempuan lebih dominan dalam mata pelajaran sastera manakala pelajar lelaki pula lebih berprestasi tinggi dalam mata pelajaran seperti Matematik dan Fizik. Kajian Borkin dan Burrows (1990) turut mendapati bahawa pelajar lelaki mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam semua mata pelajaran berbanding dengan pelajar perempuan, kecuali Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-1999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. Antara faktor yang dikaitkan dengan isu mengapa pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar lelaki termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yang lebih berpihak kepada pelajar perempuan. Dapatan kajian yang ditinjau juga mendapati pelajar perempuan lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja-kerja sekolah berbanding pelajar lelaki (Dwyer 1974; Fennema 1987; Halpern 1992). Mereka juga menunjukkan minat membaca yang lebih baik (McKenna 1997). Pelajar lelaki dan perempuan juga dikatakan menggunakan stail pembelajaran yang berbeza (Picou, GatlinWatts & Packer 1998).
5.0 ISU-ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN
5.1 Isu minat pelajar dalam Mata Pelajaran Faktor jantina juga memainkan peranan dalam kesaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Ini kerana, kebanyakan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih mata pelajaran yang bersifat lebih ke arah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segregasi
7 mengikut gender terutamanya dalam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik. Kajian Mohd Uzi Dollah, (2003) yang menjalankan kajian minat pelajar ke atas mata pelajaran matematik bagi murid tingkatan empat di tiga buah sekolah menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk fokus pada subjek matematik berbanding subjek bahasa melayu yang didominasi oleh pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah pemerhatian di setiap kelas dan juga melalui keputusan peperiksaan pelajar tersebut. kajian ini menyimpulkan bahawa minat kepada subjek adalah bergantung kepada jantina seseorang pelajar.
5.2 Isu Unsur bias Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang di antara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini. Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001) dalam kajiannya, mengkaji perbandingan persepsi guru lelaki dan guru perempuan terhadap pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru lelaki secara keseluruhannya mempunyai persepsi positif terhadap pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru perempuan. Dengan lain perkataan, guru lelaki tidak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Mereka tidak bias dalam melabelkan kebolehan pelajar, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan, berbanding guru perempuan. Keadaan ini turut dikukuhkan lagi dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan Bank (1987). Guru perempuan pula mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar. Menurut, Zalizan, et.al (2005), guru perempuan kurang memberi perhatian kepada pelajar lelaki yang dianggap bermasalah di dalam kelas. Guru lebih memberi perhatian kepada pelajar perempuan yang sering mengikut arahan guru dan mudah untuk dikawal. Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di dalam kelas, mengganggu rakan
8 lain serta tidak membuat kerja rumah. Guru perempuan akan mengambil tindakan untuk mengabaikannya sekiranya segala amaran dan peringatan yang diberikan tidak dihiraukan. Dengan mengabaikan pelajar lelaki di dalam kelas, sudah semestinya akan mengganggu pencapaian mereka dalam Matematik kerana mereka tidak dapat menguasai pelajaran yang diajar. Maka wujudlah perbezaan pencapaian Matematik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 5.3 Isu Tidak ada kesaksamaan peluang dalam mata pelajaran Selain itu, dalam sesetengah mata pelajaran, wujud jurang tidak ada kesaksamaan peluang antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Contohnya, dalam bidang berkaitan kejuruteraan , pelajar lelaki lebih ramai terlibat berbanding pelajar perempuan. Begitu juga sebaliknya, contohnya dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) kebanyakan hanya pelajar perempuan sahaja yang banyak diberi peluang berbanding lelaki. Walaupun, terdapat sesetengah pelajar lelaki yang mempunyai kecenderungan dalam bidang masakan tetapi tidak diberikan peluang. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengikut kecenderungan pelajar. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki dan sebaliknya. 5.4 Isu kaedah pengajaran guru Isu teknik dan kaedah pengajar guru yang tidak menarik juga menentukan pencapaian pelajar mengikut jantina. Menurut Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pengajaran guru meliputi aspek-aspek strategi pengajaran, penggunaan sumber, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai, penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman, keprihatinan dan penilaian. Menurut Norawati binti Hashim (2004), strategi pengajaran yang biasa digunakan oleh guru adalah kaedah tradisional yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru sebelum ini iaitu guru hanya memberi penerangan tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menarik. Kaedah ini tidak sesuai untuk pelajar lelaki kerana mereka akan mudah hilang fokus dan tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana berasa jemu. Berlainan dengan pelajar perempuan yang boleh menerima pengajaran secara tradisional ini. Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia untuk menghadiri kelas dan mereka akan fokus dengan pengajaran guru. Walau apa kaedah yang digunakan sekali pun, pelajar perempuan tetap fokus.
9 Menurut Norawati binti Hashim (2004) dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa guru seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et. al. (1996) dalam Norawati binti Hashim telah menyatakan bahawa kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. 5.5 Isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar lelaki Kajian yang dijalankan oleh Ab Manan. et.al (2003) yang mengenal pasti sama ada jantina mempunyai perkaitan atau tidak dengan pencapaian akademik ke atas para pelajar yang telah berada di semester akhir program ijazah sarjana muda bagi pengambilan Jun 2000. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya jurang antara pelajar lelaki dan wanita di UiTM dari segi pencapaian akademik mereka. Berhubung soal pencapaian akademik, yang diukur dengan melihat perolehan Cumulative Grade Points Average (CGPA) dan "on-time performance", pelajar wanita telah menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar lelaki. Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih baik. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakanrakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan 5.6 Isu hak wanita dalam pendidikan Isu-isu berkaitan dengan hak wanita dalam pendidikan adalah isu-isu yang bersangkut paut dengan kebebasan, keupayaan dan peluang yang terbuka kepada golongan wanita untuk mengikuti pendidikan yang terdapat, baik secara formal mahupun tidak formal. Ia juga
10 merangkumi keupayaan golongan wanita meningkatkan tahap pendidikannya mengikut potensi atau kebolehan sendiri. Pertimbangkan hak timbul kerana secara perbandingan ia diberi kepada golongan lelaki. Sebagai contoh, jika seorang mahasiswa lelaki boleh mengikuti program pengajian teknologi angkasa lepas, dan naik ke bulan sebagai angkasawan, maka dari segi teorinya perempuan adalah juga berhak mengikuti program ini. Oleh itu, jika pelajar lelaki lulusan universiti boleh bekerja sebagai seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat, maka prinsipnya, pelajar perempuan dengan kelulusan yang sama berhak bekerja sebagai seorang eksekutif. Inilah contoh-contoh pelaksanaan hak-hak dalam pendidikan yang dijamin oleh undang-undang (Robiah, 1998). Namum demikian, terdapat pelbagai amalan nilai-nilai, kepercayaan dan sikap yang menjadi amalan dan panduan tatacara interaksi sosial yang boleh menghalang wanita daripada merebut peluang-peluang pendidikan. Di Malaysia, boleh dikatakan tidak terdapat catatan dalam mana-mana dokumen yang membezakan hak pendidikan bagi kaum lelaki dengan kaum perempuan. Dalam Akta Pendidikan 1961 yang boleh dianggap sebagai asas kepada segala perundangan dalam pendidikan di Malaysia, ada disebutkan bahawa peluang bersekolah harus disediakan untuk semua kanak-kanak yang dilahirkan di sini. Dari segi hak, tuntutan ini masih dilaksanakan oleh kerajaan hingga ke hari ini (Robiah,1998). Dalam tahun 1970an, apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diumumkan, kerajaan menetapkan bahawa adalah perlu diberikan pendidikan dan latihan kepada semua kanakkanak an belian, tanpa di kira gender, supaya lebih ramai lagi tenaga terlatih dikeluarkan terutama dalam bidang sains dan teknologi (Robiah, 1998). 5.7 Isu bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di Institusi Pengajian Tinggi Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan di peringkat persekolahan memberi impak kepada enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan ia terbukti apabila jumlah kemasukan pelajar perempuan di IPTA seluruh negara secara umumnya melebihi 70 peratus kebelakangan ini (Zalizan.et.al, 2009). Prestasi akademik yang kurang memberangsangkan di peringkat persekolahan menafikan peluang pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke IPTA, dan fenomena ini bakal memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosioekonomi negara. Mereka juga terdedah kepada masalah sosial dan potensi mereka keluar daripada sistem persekolahan lebih awal
11 daripada yang sepatutnya juga menjadi lebih tinggi. Senario ini memberikan cabaran kepada pendidik dan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar lelaki di peringkat persekolahan. Faktor yang boleh mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pelajar perlu diberi tumpuan dan kajian mendalam (Zalizan, et al, 2009).
Justeru, isu pelajar wanita lebih ramai di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS semakin membimbangkan banyak pihak. Hakikatnya, isu itu bukanlah perkara baru. Saban tahun, setiap kali tiba sesi kemasukan pelajar baru ke IPT, isu ketidak seimbangan jantina menjadi antara topik utama yang dibincangkan atau diutarakan. Kebimbangan terhadap trend pelajar wanita yang menguasai IPT pernah disuarakan sebelum apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan ialah 70:30, iaitu 70% bagi pelajar perempuan dan 30% bagi lelaki. Tidak dinafikan bahawa pelbagai punca telah menyebabkan fenomena ini berlaku dan langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil untuk mengatasinya. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah masalah kekeluargaan. Pada masa sekarang, kos hidup masyarakat semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kebanyakan keluarga kekurangan kemampuan untuk membiayai pengajian anak mereka di universiti. Oleh itu, kebanyakan pelajar lelaki terpaksa berdikari untuk mencari peluang pekerjaan bagi menanggung kos hidup keluarga. Selain itu, ibu bapa yang berfikiran bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih banyak masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Menurut kajian Zalizan e.al (2005) bahawa pelajar perempuan mempunyai persepsi bahawa keluarga mempunyai kawalan yang tinggi ke atas mereka dalam aspek pendidikan berbanding pelajar lelaki. Keputusan ini menjelaskan bahawa pelajar perempuan lebih mendapat galakan keluarga, sokongan moral dan material, dan lebih diharapkan oleh keluarga untuk cemerlang dalam pendidikan berbanding pelajar lelaki. Kawalan keluarga yang lebih ke atas pelajar perempuan memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar perempuan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Secara tidak langsung, mereka mempunyai lebih semangat dan peluang untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Keadaan ini turut dilaporkan oleh Eisenberg, Martin & Fabes(1996). Dapatan ini juga selaras dengan dapatan kajian Hutson (1983) yang
12 menyimpulkan bahawa ibu bapa memberi layanan yang berbeza ke atas anak lelaki dan perempuan. Ringkasnya, kekurangan bilangan lelaki di IPT adalah disebabkan oleh faktor kekeluargaan. Sistem meritokrasi yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi punca kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota diguna pakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik. Kebanyakan IPT membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPT atas alasan menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualiti dan minat. Keadaan ini akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti. 5.8 Isu persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap guru lelaki dan perempuan Perbezaan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru meliputi aspek-aspek strategi pengajaran, penggunaan sumber, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai, penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman, keperihatinan dan cara penilaian (Zalizan, et.al 2005). Kajian Zalizan dan rakan-rakannya mendapati pelajar lelaki dan perempuan tiada masalah dengan guru lelaki, tetapi pelajar lelaki bermasalah dengan guru perempuan. Keadaan ini mungkin disebabkan ketidakserasian antara gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki. Tinjauan literatur oleh Dunn (1983) melaporkan banyak kajian yang menunjukkan bahawa gaya pengajaran yang serasi dengan gaya pembelajaran pelajar meningkatkan pencapaian akademik. Oleh sebab itu, perkara ini memerlukan penelitian dan perhatian yang lebih mendalam agar implikasi ini dapat ditangani dengan berkesan.
6.0 CADANGAN PENYELESAIAN ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN
6.1 Kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi dan sesuai Guru perlu mempelbagaikan strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi serta disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan. Maklumat persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap gaya pembelajaran mereka lebih gemari diharap menjana perspektif baru dalam kalangan pendidik. Mereka perlu membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sumber dan aktiviti pembelajaran yang
13 sesuai dengan pelajar serta menghapuskan halangan pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai suasana di dalam bilik darjah seperti mobiliti, bunyi dan persekitaran bilik darjah tersebut memenuhi profil gaya pembelajaran yang lebih digemari pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan. Justeru, guru perlu mengambil kira keadaan serta ruang belajar di dalam bilik darjah yang lebih kondusif serta selesa dengan keperluan pembelajaran pelbagai pelajar mereka. Dapatan kajian Zalizan dan rakan-rakannya (2005) menunjukkan bahawa keperluan dan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar perempuan. Pelajar perempuan lebih mengamalkan gaya pembelajaran yang bersifat abstract sequential dan concrete sequential. Besarnya bilangan guru perempuan dan gaya pengajaran mereka yang lengkap dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan menyebabkan pelajar perempuan memperoleh kelebihan secara kebetulan. Dengan kata lain, pelajar lelaki mengalami diskriminasi yang tidak disengajakan. Justeru itu, guru perlu sedar tentang perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru juga perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya lebih sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 6.2 Kursus pendidikan guru perlu beri fokus dalam perbezaan jantina Kursus pendidikan guru dan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri perlu memberi fokus terhadap perbezaan jenis sekolah dan gaya pembelajaran mengikut jantina bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pendidikan guru juga di cadang memberi penekanan kepada kurikulum pendidikan yang lebih sensitif kepada jantina dan kepelbagaian pelajar. Keprihatinan mengenai kepelbagaian gaya pembelajaran anak lelaki dan perempuan ini juga membolehkan ibu bapa menyediakan persekitaran lebih sesuai serta memberi motivasi dan galakan pembelajaran bersesuaian. 6.3 Penggubalan dan Pengisytiharan Dasar National Policy on Women (NPW) Hak-hak wanita dapat dilihat dengan lahirnya Dasar mengenai Wanita atau National Policy on Women(NPW) digubal dan diisytiharkan pada tahun 1989. Tujuan utama dasar ini ialah
14 untuk menentukan bahawa sumber-sumber negara, maklumat yang diedarkan dan peluang, merebut kemajuan adalah diberikan secara sama rata antara lelaki dan wanita. NPW memastikan bahawa semua wanita, daripada pelbagai sektor pekerjaan, di satu padukan dan menyumbang mengikut kebolehan, keupayaan dan keperluan ke arah memajukan kaum wanita keseluruhan. Aspek-aspek yang dikenal pasti yang perlu di atasi adalah kemiskinan, gejala buta huruf (literasi), cetek pengetahuan dan kurang pendedahan dan lain-lain. Jadi dari segi undang-undang hak wanita untuk mendapatkan pendidikan dan menggunakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya adalah terjamin. 6.4 Peranan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga Kerajaan Pihak IPT haruslah menawarkan lebih banyak kursus yang digemari oleh pelajar lelaki. Pada masa sekarang, kebanyakan lelaki tidak minat belajar. Oleh itu, pihak IPT harus menawarkan lebih banyak kursus yang istimewa dan dapat menarik minat pelajar lelaki untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu, pihak IPT tidak harus hanya menerima pelajar perempuan yang lebih mahir daripada pelajar lelaki. Pihak IPT juga harus memberi peluang kepada pelajar lelaki yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT. Kerajaan juga harus mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Melalui cara ini kita dapat memupuk semangat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam kalangan pelajar lelaki. Dengan ini, pelajar lelaki dapat bersaing secara sihat dengan pelajar perempuan di IPT. Pelajar lelaki harus sedar bahawa mereka akan dipandang rendah apabila taraf pendidikan mereka lebih rendah daripada kaum wanita. Bukan itu sahaja, .tawaran khas seperti membekalkan biasiswa, pinjaman dan tempat tinggal harus ditawarkan khusus kepada pelajar lelaki. Keadaan ini dapat menarik minat pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Penawaran biasiswa dan pinjaman kepada keluarga mereka pasti dapat membantu pelajar lelaki tersebut membiayai pengajian semasa belajar di universiti. Mereka tidak perlu risau mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Dengan ini, keadaan kekurangan pelajar di IPT dapat diatasi. Oleh itu, strategi ini merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di IPT.
15
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, di Malaysia tidak terdapat catatan dalam mana-mana dokumen yang membezakan hak pendidikan kaum lelaki dan perempuan. Dalam Perlembagaan Malaysia, artikel 8, ada disebutkan juga bahawa semua warganegara adalah sama dari segi undangundang dan mereka berhak diberi perlindungan undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, isu jantina dalam pendidikan tidak seharusnya di pandang remeh. Enrolmen pelajar lelaki dan perempuan di IPT masih memerlukan kajian yang serius. Pelbagai pihak yang berkenaan haruslah berganding bahu bagi mengatasi masalah ini. Mahu tidak mahu, kita hendaklah terus berhadapan dengan dunia yang penuh persaingan dan mereka yang berpendidikan akan terus maju ke hadapan. Hal ini seterusnya dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang memang diperlukan negara untuk merealisasikan Wawasan 2020.
16
8.0 RUJUKAN
Ames, C. & Archer, J. 1988. Achievement goals in the classroom: Students’ learning strategies and motivation processes. Journal of Educational Psychology 80 (3): 260-267. Arnot, M., David, M. dan Weiner, G. (1995). Educational reforms and gender equality in schools. Dalam Gaine, G. dan George, R. "Gender, 'race' and class in schooling: A new introduction". London: Falmer Press. Brophy, J. E. (2003). Research on the self-fulfilling prophecy and teacher expectations, Journal of Educational Psychology, 75, 631-661. Harding, Jan. (1979). Sex differences in examination performance at 16+. Physics Education, 14, 280–288. Langone, K. G., & Glickman, R. M. (2013). Common functions of school problem. Child Study Center, 7(2), 1-5 Maccoby, Eleanor E., and Jacklin, Carol N. 1974. The psychology of sex differences. Stanford, CA: Stanford University Press Nurciana Nasaruddin, Zalizan Mohd Jelas & Saemah Rahman. 2010 Jurang pencapaian akademik mengikut gender dan jenis sekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri. International Journal of Learner Diversity , 2 (1). pp. 135-146. ISSN 2180-1630
Othman Lebar dan NurHaziyanti Mansor. (2007). Pencapaian pelajar mengikut gaya belajar dan bentuk pentaksiran. Raymond J. Corsini (1999) The Dictionary of Psychology. Philadelphia: Psychology Press, h. 405 Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Roniza Mohd Taha. 2009. Jurang Akademik antara Pelajar Perempuan dan Lelaki. Berita Harian, 28 Disember.
17 Siti Khaidah Bt Ab Manan. et.al (2003). Kajian Mengenai Pencapaian Akademik PelajarPelajar Di Uitm Shah Alam: Satu Analisa Perbandingan Antara Jantina. Institut Penyelidikan, Pembangunan & Komersialisasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Treacy. A.L. 1996. Learning Styles, Feelings And Beliefs About Technology And Mathematics Achievement. Ph.D. The Clavemont Graduate School. Dissertation Abstracts International 56 (12). 4691. Tumerah Rosmin. 1996. Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Projek Sarjana Sains (Pengurusan).Sintok. Universiti Utara Malaysia. Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. 2005. Prestasi Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30:93 – 111.