Pelancongan Kesihatan Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan d an lesen dari Kementerian Kesihatan. Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan. Caj perubatan dan kos penginapan hospital di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Sebagai contoh, kos pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6,000 hingga USD7,000. Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI. Pakar perubatan di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih. Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa. Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangkamasa panjang menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing. Namun demikian, perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah!
Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani rawatan atau untuk mendapatkan rawatan. Melalui pelancongan kesihatan, dapatlah pesakit bersama bersama keluarga mendapatkan rawatan moden atau tradisional dan mengenali sesebuah negara lebih mendalam seperti kaum, kebudayaan dan adat tradisional. Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad telah menyatakan bahawa kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan sejak tahun 1998. Berdasarkan Laporan Ekonomi dan Belanjawan 2003, pada tahun 2001 sahaja, seramai 75 ribu pelancongan telah mendapatkan kemudahan rawatan di negara ini dengan menjanakan tukaran asing sebanyak RM28 juta. Di Malaysia, hospital swasta dan kerajaan telah sama-sama berusaha meningkatkan bilangan pelancong pelancong ke negara negara ini. Kini, hospital swasta swasta memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan meningkatkan pelancongan kesihatan. Hospital kerajaan pula pula menumpukan menumpukan perhatian kepada khidmat kesihatan kesihatan kepada kepada penduduk penduduk tempatan. Menteri Kesihatan Datuk Dr. Chua Soi Lek menyatakan terdapat 35 buah hospital swasta yang yang menawarkan pakej pelancongan kesihatan kesihatan dengan mengekalkan standard antarabangsa. Antaranya Pusat Perubatan Ampang Puteri, Hospital Assunta, Pusat Perubatan Columbia Asia, Hospital Damansara, Hospital Fatimah, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Pusat Perubatan Gleneagles, Hospital Pantai Puteri, Hospital Pakar Ipoh, Pusat Perubatan Islam (PUSRAWI), Hospital Island, Hospital Pakar Johor, Hospital Lam Wah Ee, Pusat Perubatan Loh Guan Lye, Pusat Perubatan Mahkota, Institut Jantung Negara (IJN), Institut Kanser Nilai, Pusat Perubatan Sabah dan beberapa pusat perubatan swasta yang lain. Seorang pesakit wanita bernama Lily Chua dari Pulau Batam, Indonesia menyatakan beliau sering menaiki feri ke Singapura untuk mendapatkan rawatan. Apabila beliau mendapati layanan baik di hospital swasta Melaka, beliau sanggup menghabiskan enam jam menaiki feri dan kereta untuk mendapatkan rawatan bagi kanser usus. Layanan mesra akan menggalakkan pelancongan kesihatan. Menurut e-Melaka (ekesihatan) bilangan pesakit asing yang datang ke negeri ini adalah seramai 27,856 orang pada tahun 2001, seramai 32,339 orang pada 2002 dan seramai 32,652 orang pada tahun 2003. Datuk Dr. Chua Soi Lek juga menyatakan sebanyak RM56 juta berjaya dikutip melalui 1,000,000 orang pelancong dari luar negara yang menerima rawatan di negara ini. Malah, laporan Straits Time Time menunjukkan menunjukkan doktor hospital swasta swasta di Singapura berasa bimbang dengan kekurangan pesakit hampir satu perempat dari 12,746 pesakit pada tahun 1997 kepada 16,418 orang pesakit pada tahun 1998 kerana ramai pesakit ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan disebabkan kos rawatan yang rendah. Ketua Eksekutif Health Management International (HMI), Alan Neoh mendapati rawatan yang baik dan murah yang diberikan oleh hospital swasta di Malaysia adalah antara sebab utama mengapa ramai penduduk Singapura datang ke Malaysia. Keyakinan pelancong asing ini membuktikan membuktikan Malaysia merupakan merupakan sebuah negara yang mempunyai mempunyai khidmat kesihatan yang yang terbaik di Asia Tenggara. Bagi mempromosikan lagi pelancongan kesihatan, kerajaan perlu mengambil beberapa langkah yang drastik untuk mengekalkan jumlah kedatangan pelancong di samping meningkatkan jumlahnya setiap tahun. Salah satu satu cara cara untuk untuk menggalakkan pelancongan kesihatan adalah dengan menyediakan kemudahan insurans. Pusat perubatan haruslah menyediakan kemudahan insurans kesihatan kepada pelancong asing untuk mereka menikmati kos rawatan yang murah. Khidmat insurans harus dilakukan secara online bagi pelancong yang ingin melancong ke negara kita supaya pelancong berasa lebih selamat. Pelancong boleh menikmati rawatan dengan mudah kerana kos perbelanjaan bagi khidmat kesihatan ditanggung oleh syarikat insurans. insurans. Dengan cogan kata “mesra “mesra pelancong”,
pemberian kemudahan insurans akan menjamin kesihatan pelancong lebih-lebih la gi semasa penyakit selesema burung sedang menular di Asia Timur. Kementerian Kesihatan juga perlu membuat promosi di luar negara dengan menubuhkan unit khas bagi menyediakan kemudahan kesihatan. Promosi di China China dan Timur Tengah akan dapat meningkatkan bilangan pelancong. pelancong. Persatuan Hospital Hospital Swasta (APHM) dengankerjasama Kementerian Kesihatan dapat mengenakan kos yang rendah dengan kerajaan memberi subsidi yang diperuntukkan dalam belanjawan 2003. Dengan adanya promosi dan kos rawatan yang rendah, 10 hospital yang terletak di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor telah dikunjungi seramai 130,000 pelancong untuk mendapatkan rawatan pada tahun 2003 selepas promosi tersebut dilakukan di negara asing seperti Singapura, Vietnam, Jepun dan beberapa negara lain.