DISCLAIMER Jumlah keuntungan RM1000 dalam 8 hari bukanlah fixed. Lumrah & adat berniaga, income tidak menentu, ada masa sikit, ada masa banyak. Yang penting, teruskan mencuba dan jangan putus asa.
COPYRIGHT Ebook Case Study ini ialah hak milik Al-Farabi Shariff (www.alfarabishariff.com www.alfarabishariff.com)) dan anda dilarang untuk edarkan, edit, copy paste dll tanpa kebenaran penulis.
BONUS Ada UNANNOUNCED BONUS di hujung Case Study ini. Baca sekarang dengan tenang dari awal sampai akhir. Percayalah, tak sampai 10 minit pun.
Tak Kenal Maka Tak Chenta Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Al-Farabi Shariff merupakan seorang Fresh Graduate 2015 dari sebuah IPTA (Degree In Engineering), seorang full-timer Internet Marketer dan suka minum white coffee. Passion& kepakaran beliau ialah “Internet Marketing”, khususnya dalam Affiliate & Paid Advertising dan sanggup berhabis duit melabur untuk ilmu Marketing.
Beliau terkenal dengan Leverage Bisnes Online nya menjadi hampir 80% Automated, dan bagaimana mula berniaga & buat duit dengan tangan kosong.
Beliau sangat benci pada orang yang suka tayang “duit kipas” dan kereta mewah, skim cepat kaya dan juga orang yang berniaga tanpa kuasai ilmu pemasaran.
Servis dan perkongsian beliau bukan untuk mereka yang sudah pakar dan sudah stabil buat duit 4-5 angka sebulan, tapi untuk mereka yang teringin nak ada tambahan pendapatan sampingan dan mahu mula berniaga online.
Ebook ini ialah “Real Case Study” saya sendiri, ketika awal-awal saya ceburi bidang bisnes online. Saya akan kongsikan direct to the point, tanpa ayat bunga-bunga. Agar lepas baca, anda juga boleh praktikkan.
Percayalah, tak sampai 7 minit pun nak habis baca semua ni.
Step 1 : Survey Demand produk. Saya selalu pergi ke group jualan di Facebook, dan lihat apakah produk hot, trending yang iklannya mendapat banyak engagements seperti likes dan comments. Saya pastikan produk tersebut masih baru dalam pasaran dan belum tepu lagi. Oleh itu kena kerap survey di group FB seperti Terbaik E-Store, Terbaik E-Shop, dll. (untuk tahu lebih dalam tentang ini, boleh download "Unannounced Bonus" saya di akhir case study ini nanti)
Dalam kes saya, sedang saya survey-survey, tiba-tiba tengah hot dan trending dengan produk “Turtle Lamp”.
Masa tu Turtle Lamp masih baru. Apa lagi, saya pun terus cari pembekal untuk jadi agen dropship.
PS : Agen Dropship ialah cara buat duit/menjual tanpa keluar modal. Anda jadi agen kepada pemborong produk, anda promosikan. Contoh harga agen untuk Turtle Lamp RM20, kos pos RM6. Saya jual dan promosikan dengan harga RM40. Tambah pos RM6. Customer bank in pada saya RM46, saya bank in pada pemborong RM26 . Untung RM20.
Pemborong yang uruskan penghantaran. Kita tak perlu pegang barang, tak perlu uruskan pos. Jimat banyak masa. Cuma keuntungan sajalah kurang sedikit. Namun, ini bagus untuk permulaan & pengalaman.
Step 2 :Cari Pembekal Produk & Jadi Agen Dropship Mereka. Selepas saya kenal pasti produk apa yang sedang “panas” dan masih baru, Saya akan cari pembekal kepada produk tersebut. Kebetulan pada waktu yang sama, saya ada ternampak seorang pembekal sedang buat iklan cari agen di Facebook, dan bestnya, kebetulan juga, pembekal tersebut ada produk yang saya nak promote. (Turtle Lamp) Selain itu, ada juga cara lain untuk mencari supplier/pemborong barang-barang tersebut :
Cara Lain Untuk Cari Pemborong Yang Dipercayai
1. Pergi ke Lelong.com.my
2. Buat carian untuk produk yang anda jual. (Dalam contoh ini saya nak jadi agen Happy Call/Pemanggang Ajaib) 3. Lihat penjual yang sudah established, rating tinggi, feedback bagus.
4. Dapatkan nombor contact penjual, biasanya mereka letakkan nombor Whatsapp. Jadi anda whatsapp mereka. 5. Cara offer untuk dropship.
“ Hai, nama saya Farabi, dan saya buat bisnes online.
Adakah pihak tuan ada buat servis agen dropship?
Jika ya, bagaimana boleh saya join? ” Selepas mereka beritahu cara-cara untuk jadi agen dropship mereka (biasanya percuma, tak perlu bayar apa-apa),
Soalan yang perlu ditanya lagi nanti: 1. Bolehkah menjadi ejen/reseller? 2. Jika boleh, berapa harga dan pembelian minima? 3. Berapa lama masa diambil untuk proses order. 4. Lokasi COD, jika ada.
Cari Di Group Facebook
1. Taip perkataan “agen dropship” di carian Facebook.
(credit : Ashraf Latif)
2. Join group yang berkenaan, tunggu admin approve. Lagi bagus, lihat siapa admin, dan PM dia terus, kata nak join jadi agen dropship. Contoh di bawah.
3. Baca dan teliti syarat dan peraturan yang disediakan oleh Admin/pemborong.
Dropship.im
Carian di Google. Dapatkan cara untuk contact mereka, dan tanya soalan yang saya tunjukkan di atas.
TIPS TAMBAHAN : 1. Cari pemborong yang mudah dan cepat reply PM, sama ada di FB atau di Whatsapp. (Jika mereka lambat beberapa jam, itu normal, sebab mereka memang sibuk. Tapi jika dah berhari-hari tak jawab, anda perlu ada backup.) 2. Pastikan pemborong itu ialah pemborong yang betul-betul pegang barang dan uruskan pos. Jangan jadi agen kepada agen dropship pula. Susah, lambat, untung pun sikit.
3. Join beberapa group dropship, agar kita dapat backup jika seorang pemborong bermasalah atau tiada stok, boleh berurusan dengan pemborong lain.
STEP 3 : MENJUAL DENGAN CARA TIDAK MENJUAL Sekarang, saya dah ada produk, dah ada pembekal. Sekarang waktu untuk promosikan.
TIPS PERTAMA.
Ramai orang menjual dengan menjual. Ayat jualan hard-selling yang seperti memaksa. Ingat, dalam sehari seseorang itu telah lihat beratus-ratus iklan. Dan manusia secara fitrahnya tidak suka “dijual”.
Apatalah lagi jika anda nak menjual di laman social Facebook, ianya tempat bersantai. Jadi dari anda letak ayat menjual, apa kata kita ubah sikit, men jadi “AYAT BERTANYA”. (contoh di bawah) Ianya lebih santai dan friendly, sesuai dengan konsep “bersantai di laman sosial”. (FB, IG, Whatsapp, WC)
TIPS KEDUA
Jangan menjual di group jualan FB besar-besar seperti Terbaik E-store dan Terbaik E-shop.
Disana bukan audience tepat anda, majority dalam group tu ialah penjual macam anda. Anda post pada group-group bukan menjual, seperti group FB university tempat anda belajar, group orang kumpul hobi, group tempat anda tinggal. Contohnya penduduk Shah Alam ada group FB mereka. Penduduk Ipoh ada Group FB mereka. Penduduk Labuan ada group FB mereka. Ini tempat mereka lepak-lepak.
SURPRISE BONUS LAGI : SENARAI GROUP DI FACEBOOK YANG BOLEH DAPAT RESPON YANG HEBAT! (Klik sini)
Saya memang suka bagi surprise bonus tau hehe. Ok berbalik pada Turtle Lamp. Saya post di group rasmi FB di universiti tempat saya belajar.
Saya pun terkejut sebenarnya. Asalnya saya nak validate atau bertanya sahaja. Terus dapat hampir 500 komen dan hampir 600 likes dalam masa 2-3 hari. Faktor penting di sini ialah : AYAT + GAMBAR. Saya perasan, dalam group tersebut, ada juga orang yang jual Turtle Lamp, malah lebih murah dari saya. Tapi post iklan saya lebih mendapat banyak engagements kerana ayatnya yang santai dan tidak nampak menjual, dan pemilihan gambar yang cantik, gambaran apa yang mereka akan dapat bila mereka ada Lamp Turtle ni.
Ingat, ayat jenis bertanya/validate. Biar santai. Atau boleh cuba ayat-ayat lebih kurang begini : “Cantik tak XXXX ni (letak gambar), sangat berguna untuk XXXXXX (ceritakan
manfaat produk bukan ciri-ciri produk), Ada ke kat sini yang rasa-rasa berminat nak dapatkannya?” Stop sini, atau boleh tambah : “Komen “saya nak”, nanti s aya pm anda dengan offer kasih sayang ”
STEP 4 : CLOSE THAT SALE!
Saya pun PM seorang demi seorang yang komen di post saya. Lebih kurang saya tulis begini, dan saya sertakan gambar cantik untuk pilihan warna.
“Assalamualaikum, terima kasih komen di post saya di Group XXX, tentang
Turtle Lamp. (CERITAKAN BENEFIT) Turtle Lamp ni bukan saja comel, tapi mencantikkan bilik tidur waktu malam, dengan pelbagai jenis warna lampu. Sis boleh guna bateri atau guna Powerbank, atau cucuk pada laptop. Wayar USB disediakan sekali, jadi jangan risau.
Turtle Lamp ini akan automatic tutup sendiri selepas 45 minit, sangat jimat elektrik! Ada 5 warna pilihan : Hijau Tua, Hijau Muda, Biru, Pink & Coklat. 1 unit : RM40 sahaja. Pos tambah RM6. Jika ambil dua unit RM80, pos sepatutnya RM10, tapi saya belanja sis kos pos. Sis nak ambil 1 unit atau 2 unit terusya
?”
Ingat, ABC. Always Be Closing. Ayat close sale anda, akhiri dengan soalan.
Selepas di jawab nak berapa unit, bagi mereka nombor akaun, sebaiknya Maybank dan CIMB. Minta nama, alamat, nombor handphone dan emel (optional). Anda hantar order pada pembekal, berikan nama alamat dan nombor hp. Minta nombor tracking dari pembekal, dan berikan kembali pada customer anda.
Manusia ni memang suka bertangguh. Kadang-kadang minta PM, dah bagi nombor bank, tapi liat nak bayar. Oleh itu selepas keesokan harinya follow up mereka. Jika dah bagi nombor akaun, boleh follow up begini : "Assalamualaikum cik, cik ada buat bayaran ke semalam? Takut saya terlepas pandang" Jika belum bagi nombor akaun, boleh cuba : "Maaf ganggu, semalam cik ada PM berminat dengan Turtle Lamp, boleh saya tahu cik masih berminat atau tidak? Jika dah tak berminat, mohon reply ya"
Biasanya mereka ada beberapa "tembok" atau "dinding" yang menghalang mereka membuat keputusan untuk membeli. Hanya robohkan tembok tersebut dan inshaAllah mudah anda menjual. Bagaimana nak robohkan? Tanya je mereka jika ada soalan mengenai produk, atau tanya direct "Apa yang menghalang cik untuk mencuba/dapatkan produk ini ya?"
Jawab soalan mereka & tanya sehingga mereka tiada soalan lagi. Kemudian berikan offer terbaik anda. :)
Okay itu sahaja Case Study ringkas saya. Lepas baca ni buat sahaja terus. Jangan fikir panjang. Kalau terlalu banyak fikir dan nak "tunggu perfect time" memang sampai ke sudah anda tak buat.
Ok jap. Ada 1 problem.
Katakanlah anda seorang yang ada banyak komitmen & sibuk. Mungkin anda seorang pelajar IPT. Mungkin anda seorang surirumah. Mungkin anda bekerja dengan orang lain, 9-5pm.
Saya faham, anda semua sibuk & kurang masa untuk buat apa yang saya kongsikan dalam Case Study ini.
Saya juga pernah jadi seperti anda. Jadi saya banyak belajar dari guru-guru bisnes cara untuk Leverage Bisnes Online kita & jadikan dia almost 80% automated. Semuanya berjalan secara “pasif” dan saya hanya spend sehari dalam 10minit ke 20minit sahaja untuk uruskan order, dan income 3-4 angka sebulan secara “hampir pasif”.
Masa selebihnya saya fokus pada bisnes yang guna marketing agresif seperti Paid Advertising, dan juga spend lebih masa pada family dan anak.
Anda Nak Dengar Perkongsian Bagaimana Saya Lakukannya?
Pastikan anda sudah mendaftar untuk hadir Webinar saya :
Jika anda sedang membaca Case Study ini, kemungkinan besar anda sudah pun mendaftar Webinar saya ni kan? Pastikan anda tak terlepas tarikh yang ditetapkan & sentiasa cek emel dari saya ok? (Emel dari Al-Farabi Shariff)
Dalam Webinar Ini Anda Akan Belajar :
Blueprint lengkap Strategi saya buat 3-4 angka sebulan dengan automatikkan 80% kerja Bagaimana nak leverage kerja dan bisnes online anda menjadi 50% ke 80% automatic… (KERANA ANDA KURANG MASA ATAU AGAR ANDA ANDA LEBIH MASA)
Cara buat kedai online anda sendiri dengan cara paling SIMPLE dan KOS RENDAH.
Seni untuk menampakkan anda sebagai penjual yang serius & professional… (Orang beli kerana TRUST, tanpa TRUST, produk anda hebat mana pun, orang tak nak bank in pada anda)
Seni ayat copywriting yang membuatkan orang tak sabar nak contact anda
Seni Close Sale Santai yang buat prospek anda tak sabar nak beli
Shortcut & Free tools yang membantu bisnes online anda secara long-term.
Webinar Ini Untuk Siapa?
Kalau anda merupakan seorang pelajar yang sibuk tapi nak belajar buat duit online sambilan sambil belajar… Webinar ini untuk anda.
Kalau anda merupakan seorang suri rumah yang sibuk tapi nak buat duit tambahan untuk bantu suami dan keluarga … Webinar ini untuk anda.
Kalau anda bekerja dengan orang & gaji bulanan anda cepat habis, dan nak buat duit online secara part time… Webinar ini untuk anda.
Kalau anda memang minat nak berniaga online tapi tak tau nak mula dari mana dan bagaimana… Webinar ini untuk anda.
Namun, maaf ilmu yang saya nak kongsikan ini bukan untuk mereka yang nak duit pantas, nak jadi kaya dalam 1 malam. Ia lebih kepada nak bantu anda berniaga dengan betul, dengan produk yang betul, dan dengan marketing yang betul.
Pastikan anda tak terlepas tarikh yang ditetapkan & sentiasa cek emel dari saya ok?
Unannounced Bonus ! Panduan Cara Spy Produk Permintaan Tinggi Download di sini : (KLIK SINI)
Anda Masih Blurr, Confuse & Ada Soalan Nak Tanya? 1. Join group FB saya.
https://www.facebook.com/groups/farabiin nercircle/
2. Perkenalkan diri & buat bisnes apa, dan boleh tanya soalan di group tu Welcome to the club! Sekian, saya doakan anda kaya dunia akhirat.