BEBERAPA KONSEP DALAM MORFOLOGI A. TATABAHASA 1. Konsep tatabahasa = Aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. 2. Korpus (unsur) tatabahasa: morfem, perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Unsur paling kecil: morfem Unsur paling besar/tinggi: ayat – unsur bahasa lain terkandung di dalamnya 3. Kelima-limanya dibahagikan kepada dua aspek utama: Morfologi – morfem dan perkataan Sintaksis – frasa, klausa, dan ayat Ayat Klausa
Sintaksis
Frasa Perkataan Morfologi Morfem
B. MORFOLOGI 1. Konsep morfologi Ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata Bidang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.1 Struktur kata = Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Contohnya, perkataan bermain, terdiri daripada susunan awalan (ber-) yang diikuti dengan kata dasar (main). Bentuk kata = Rupa unit tatabahasa, yang berbentuk tunggal atau yang terhasil daripada proses pengimbuhan (kata terbitan), pemajmukan (kata majmuk), dan penggandaan (kata ganda). 1
1
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:43)
Penggolongan kata = Proses menjeniskan perkataan mengikut keserupaan bentuk atau fungsi, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. 2. Perkataan dibentuk oleh morfem dan kata.
C. MORFEM 1. Konsep morfem = Unit yang terkecil yang mempunyai makna Boleh menjadi unsur dalam pembentukan kata Tidak dapat dipisahkan kepada unit yang lebih kecil yang bermakna Boleh terbina daripada satu atau lebih suku kata Sesetengah morfem (bebas) boleh menjadi kata. 2. Jenis morfem a) Morfem bebas Boleh berdiri sendiri sebagai kata penuh Boleh digunakan bersendirian Jumlahnya banyak dan boleh bertambah Mempunyai makna: Makna leksis (makna morfem itu sendiri) Makna struktur (makna yang digunakan dalam ayat)
b) Morfem terikat:
laut cantik sekolah terjun dari untuk wah telah sangat
Tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata dasar Memerlukan morfem lain – morfem bebas atau morfem terikat – untuk membentuk perkataaan Mendukung makna kenahuan. Jumlahnya terhad Jenis morfem terikat: i) Morfem terikat satuan: = Morfem yang utuh dalam bentuknya dan bahagian-bahagiannya tidak boleh dipisah-pisahkan. Jenis: Awalan: antaranya ber-, ter-, me-, ke-, di-, dsb. Akhiran: contohnya -an, -kan, -i, dsb. Kata akar: bukan imbuhan dan bukan perkataan, antaranya mudi, nyala, tawa, tani, tapa, juang
2
ii) Morfem terikat terbahagi: = Morfem yang wujud serentak sebelum dan selepas kata dasar sebagai satu kesatuan. Terdiri daripada apitan, antaranya ke-...-an, pen-...-an, dan per-...an. iii) Morfem terikat kompleks: = Morfem gabungan dua morfem terikat atau lebih, sama ada: Gabungan dua awalan: antaranya memper-, diperGabungan awalan dan akhiran: antaranya, me-...-kan, di-...kan, me-...-i, di-...-i Gabungan dua awalan dan satu akhiran: contohnya memper...-kan, diper-...-kan, memper-...-i, diper-...-i 3. Jumlah morfem Kata boleh dibina dengan menggunakan satu morfem atau lebih, sama ada dengan satu morfem bebas, atau gabungan satu morfem bebas dengan satu, dua atau tiga morfem terikat. sembah = satu morfem bebas persembahan = dua morfem ( 1 morfem bebas, 1 morfem terikat = per-...an) mempersembahkan = empat morfem (1 morfem bebas, 3 morfem terikat = mem-, per-, -kan)
D. ALOMORF = Kelainan atau anggota sesuatu morfem Disebabkan/ditentukan oleh huruf/fonem awal kata dasar
meN-
E.
mememmenmengmenymenge-
peN-
pepempenpengpenypenge-
MORFOFONEM = Gabungan antara morfem dengan fonem. = Ciri bunyi yang terhasil apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. Perubahan unsur sengau N pada awalan meN- atau peNFonem pertama kata dasar akan menentukan sama ada N akan digugurkan atau berubah
3
F. KATA 1. Konsep kata = Bentuk bahasa yang bebas Boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai. Mengandungi maksud/mesej lengkap Bentuk satuan makna kerana memiliki maksud tertentu. Unsur yang digunakan untuk membentuk kata lain – terbitan, ganda, majmuk, dan akronim. Boleh berubah kedudukan dan fungsi dalam ayat – subjek, predikat, objek, pelengkap, dsb. 2. Kata akar: = Unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan Boleh merupakan morfem bebas dan morfem terikat
Bebas
bawa cantum fikir hantar panjang
Terikat
juang tawa nyala mudi anai
3. Kata dasar: = Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan i) Kata akar bantu niaga jadi
kata akar: menjadi kata dasar bagi
membantu
kata akar: menjadi kata dasar bagi
peniaga
kata akar: menjadi kata dasar bagi
kejadian
4
ii) Kata berimbuhan (kata terbitan) sembahkan buangan
kemampuan
kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi
mempersembahkan
kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi
pembuangan
kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi
berkemampuan
kata ganda: menjadi kata dasar bagi
dibesar-besarkan
kata ganda: menjadi kata dasar bagi
berpura-pura
iii) Kata ganda besar-besar pura-pura
gembargembur
kata ganda: menjadi kata dasar bagi
menggembargemburkan
iv) Kata majmuk warganegara luar biasa reka bentuk
kata majmuk: menjadi kata dasar bagi
kewarganegaraan
kata majmuk: menjadi kata dasar bagi
keluarbiasaan
kata majmuk: menjadi kata dasar bagi
mereka bentuk
frasa: menjadi kata dasar bagi
mengetepikan
frasa: menjadi kata dasar bagi
ketidakimbangan
v) Frasa ke tepi tidak imbang
5
Perbezaan Aspek Jumlah perkataan Jenis makna yang dibawa Kedudukan dalam bahasa Aspek Peranan
Taraf
Morfem bebas Banyak, sukar untuk disenaraikan
Morfem terikat Terhad, mudah untuk disenaraikan
Makna leksikal
Makna tatabahasa
Dapat berdiri sendiri
Tidak dapat berdiri sendiri
Morfem Unsur membentuk kata Bentuk terikat tidak dapat berdiri sebagai ayat minimal Tidak semua morfem merupakan kata
Kata (Perkataan) Unsur membentuk frasa, klausa dan ayat Dapat berdiri sebagai kata minimal dengan intonasi yang sesuai dan mesej yang lengkap Semua kata merupakan morfem
6